Sesak gara-gara lori merintang jalan

Keadaan lori yang merintang jalan di Kilometer 7 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor Bahru pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain
Keadaan lori yang merintang jalan di Kilometer 7 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor Bahru pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain
A
A
A

JOHOR BAHRU- Sebuah lori yang merintang jalan di Kilometer 7 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, di sini menyebabkan kesesakan sejauh beberapa kilometer, selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 8.50 pagi.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 60 tahun itu sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Tampoi.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu sedang melalui selekoh kecil dan gagal mengawal kenderaan tanpa muatan itu ketika melalui selekoh berkenaan, lalu terbabas ke pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas beliau, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Ujarnya, pemandu lori itu telah hadir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Rule 10, LN166/59 kerana gagal mengawal kenderaan dan mengakibatkan kemalangan.

Artikel Berkaitan: