Lelaki didenda RM50 ceroboh hotel

Seorang lelaki didenda RM50 kerana menceroboh sebuah hotel di Damansara Perdana pada 15 April lalu.
Seorang lelaki didenda RM50 kerana menceroboh sebuah hotel di Damansara Perdana pada 15 April lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Ketika umat Islam mengejar pahala di bulan Ramadan, lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan menceroboh sebuah hotel untuk minum arak pada Khamis.

Faizul Mohd Aziz, 31, dikenakan hukuman denda RM50 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sehari jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Faizul didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah hotel di Damansara Perdana di sini pada 8.20 pagi, 15 April lalu.

Atas kesalahan itu, lelaki terbabit boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM50.

Berdasarkan fakta kes, pada waktu dan tarikh kejadian, seorang pengadu yang juga penyelia tukang cuci hotel berkenaan menerima panggilan daripada kakitangan lain, terdapat seorang pemuda berlegar di lobi hotel.

Pemuda itu kemudiannya ditangkap oleh pengawal keselamatan hotel tersebut sebelum menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh mengaku masuk ke hotel untuk tujuan minum arak.

Artikel Berkaitan:

Semasa prosiding, Faizul yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Zubaidah Mahat mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.