Tiada usahawan Mara di NS gulung tikar

Bedah (tengah) bersama.penerima asnaf pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mara Prihatin, sempena Semarak Kasih Ramadan di D'Curve Seremban Plaza, pada Jumaat.
Bedah (tengah) bersama.penerima asnaf pada Majlis Penyampaian Sumbangan Mara Prihatin, sempena Semarak Kasih Ramadan di D'Curve Seremban Plaza, pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri Sembilan yang gulung tikar walaupun negara dilanda pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Timbalan Pengarah Mara Negeri, Bedah Mamat bagaimanapun berkata, terdapat usahawan yang terpaksa mengubah perniagaan demi kelangsungan hidup.

"Contohnya daripada menjual baju ke perniagaan lain seperti menjual karpet, sejadah dan barang keperluan mampu milik yang lebih murah.

“Selain itu ada juga yang terpaksa menukar strategi perniagaan, sebelum ini berniaga di kedai makan kini beralih ke platform online seperti aplikasi GrabFood dan Foodpanda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mara Prihatin, sempena Semarak Kasih Ramadan di D'Curve Seremban Plaza, pada Jumaat.

Tambahnya, Mara sangat komited menjaga kebajikan dan pengurusan usahawan di bawah bantuan agensi itu.

Jelas Bedah, sejak pandemik berlaku, Mara banyak membantu usahawan yang terkesan.

"Kita selalu bertanya khabar kepada usahawan mengenai perniagaan mereka, memberi kursus dan latihan semula supaya dapat meneruskan perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada program tersebut, seramai 35 keluarga asnaf dan 80 pelajar daripada golongan B40 mendapat sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada syarikat korporat, usahawan Mara serta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Pusat Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).