Arab Saudi sumbang lebih sejuta naskhah al Quran dalam 21 bahasa

Arab Saudi hantar 1.2 juta naskhah al-Quran dalam pelbagai ukuran dan 21 bahasa ke 29 negara di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada program sumbangan Penjaga Dua Masjid Suci.
Arab Saudi hantar 1.2 juta naskhah al-Quran dalam pelbagai ukuran dan 21 bahasa ke 29 negara di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada program sumbangan Penjaga Dua Masjid Suci.
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi menghantar 1.2 juta naskhah al-Quran dalam pelbagai ukuran dan 21 bahasa ke 29 negara di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada program sumbangan Penjaga Dua Masjid Suci.

Percetakan al-Quran itu dilaksana dengan kerjasama kedutaan Arab Saudi serta pusat Islam dan budaya di negara yang terlibat, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menteri Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan, Abdullatif Al-Sheikh, selaku Penyelia Umum Kompleks Raja Fahd untuk Percetakan al-Quran, merakamkan penghargaan kepada Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saudi yang prihatin dan bermurah hati untuk menjayakan usaha itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: