X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor puas hati pematuhan SOP solat tarawih

Mohd Zawawi (kiri) menyerahkan agihan kurma kepada Ketua Divisyen Operasi Agihan, Abdul Basith Hamid pada Majlis Agihan Kurma Kepada Agensi-Agensi Islam di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pada Jumaat. Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor setakat ini berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih yang dilaksanakan di masjid dan surau susulan kebenaran pelaksanaannya kepada umat Islam di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pengurusan masjid dan surau, serta jemaah dilihat melaksanakan dan mematuhi SOP yang digariskan, antaranya membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka, mengimbas suhu serta menjaga jarak fizikal.

“Saya sudah tiga kali menghadiri solat tarawih di masjid di beberapa daerah antaranya Gombak dan Klang.

"Alhamdulillah saya rasa pengurusan masjid mematuhi SOP 100 peratus, dan jemaah juga maklum serta akur dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Agihan Kurma kepada agensi dan jawatankuasa tetap agama Islam Selangor dekat sini pada Jumaat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!