'Sejak ayahnya jalani pembedahan, dialah cari rezeki untuk keluarga' - Ibu

Dahan pokok yang menghempap penghantar makanan ketika menunggang sebuah motosikal di Jalan Damai Jasa, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Dahan pokok yang menghempap penghantar makanan ketika menunggang sebuah motosikal di Jalan Damai Jasa, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejak ayahnya tidak boleh bekerja selama dua bulan kerana menjalani pembedahan, dialah yang mengambil alih tempat ayahnya dan mencari rezeki untuk keluarga, kata ibu seorang penghantar makanan yang meninggal dunia selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut pada Khamis.

Ketika kejadian berlaku, Syed Izzat Izzudin, 20, sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, di sini, sebelum dahan itu menghempapnya berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras di sini pada Khamis.

Ibunya, Inang Suhana Abu Bakar, 42, berkata, Syed Izzat, yang mati serta-merta di tempat kejadian adalah seorang anak yang rajin membantu keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan maut dihempap dahan pokok

“Saya sekarang ini memang sedih kerana tidak boleh terima kenyataan cara kematian dia. Selama ini, saya menonton di televisyen dan lihat di media sosial (kejadian pokok tumbang) tetapi tidak sangka berlaku kepada anak sendiri,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Syed Izzat dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: