Penunjuk perasaan berhimpun dekat kediaman Presiden Argentina

Penunjuk perasaan kebanyakannya kanak-kanak, mengetuk periuk, memukul gendang dan membunyikan hon sebagai membantah pelaksanaan pendidikan dalam talian.
Penunjuk perasaan kebanyakannya kanak-kanak, mengetuk periuk, memukul gendang dan membunyikan hon sebagai membantah pelaksanaan pendidikan dalam talian.
A
A
A

BUENOS AIRES - Lebih 100 orang berkumpul dekat kediaman Presiden Argentina, Alberto Fernandez membantah pelaksanaan pendidikan dalam talian untuk pelajar sekolah di tengah pandemik Covid-19, lapor Sputnik.

Penunjuk perasaan kebanyakannya kanak-kanak, mengetuk periuk, memukul gendang dan membunyikan hon.

"Pendidikan adalah hak kita!" "Jangan tutup sekolah!" "Kami mahu ke sekolah!" antara ungkapan terpampang pada poster yang dibawa penunjuk perasaan.

Pada Rabu, Fernandez mengumumkan langkah sekatan baharu termasuk arahan pembelajaran dalam talian untuk tempoh dua minggu dan larangan pergerakan di ibu negara Buenos Aires dari 8 malam hingga 6 pagi.

Sehingga kini, lebih 138.81 juta orang di seluruh dunia telah dijangkiti Covid-19, dengan lebih 2.98 juta kematian, menurut Johns Hopkins University.

Argentina melaporkan lebih 2.62 juta kes dan kira-kira 59,000 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: