Gaduh kerana salah faham beli minuman

Tangkap layar pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah premis di Ipoh. Foto: ihsan pembaca
Tangkap layar pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah premis di Ipoh. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Dua individu ditahan polis disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah kelab malam di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 24 dan 19 tahun itu ditahan hasil daripada penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada provokasi dan perselisihan faham antara pemilik restoran dan pelanggan berkaitan isu pembelian minuman.

"Dua individu itu sahaja yang terlibat manakala selebihnya adalah pengunjung yang cuba menenangkan keadaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Insiden pergaduhan melibatlan dua lelaki tular di Facebook sejak Rabu. Foto: ihsan pembaca
Insiden pergaduhan melibatlan dua lelaki tular di Facebook sejak Rabu. Foto: ihsan pembaca

Menurutnya, pihaknya menafikan terdapat penglibatan kumpulan gengster dan wujudnya pemerasan dalam insiden itu.

"Dakwaan yang menyatakan terdapat penglibatan gengster dari Tapah dan wujud unsur pemerasan adalah tidak benar sama sekali.

"Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula Khamis untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 11.20 malam itu, dua video memaparkan pergaduhan melibatkan 15 lelaki didakwa sebagai gengster peras ugut dan memukul pemilik restoran telah tular di laman sosial Facebook sejak Rabu.