Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia

Abu Bakar Omar
Abu Bakar Omar
A
A
A

ALOR SETAR - Pelakon veteran kelahiran Kedah, Abu Bakar Omar meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) di sini pada 9.04 pagi Jumaat.

Berita kematian Abu Bakar yang berusia 72 tahun itu disahkan anak keduanya, Mohd Zainuddin, 46, ketika dihubungi Bernama hari ini (Jumaat).

Mohd Zainuddin berkata, bapanya dibawa ke KMC selepas waktu berbuka puasa semalam, berikutan keadaannya jelas keletihan dan lemah sejak dua hari lepas.

"Arwah sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit, tetapi dalam dua hari ini dia letih, jadi ahli keluarga bawa dia ke hospital. Masa itu, walaupun kelihatan letih dia masih boleh bersembang seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor mendapati jantung bapanya itu bengkak dan arwah kemudiannya dibawa masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum dimaklumkan bahawa keadaannya bertambah kritikal pada lewat malam.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang dan solat jenazah akan berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Alor Setar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru selepas solat Asar," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: