Dana Affin Hwang sedia akses rakyat Malaysia terokai aset China

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dana 'Affin Hwang World Series-China Allocation Opportunity’ menyediakan akses mudah kepada rakyat Malaysia menerokai spektrum sepenuhnya aset China termasuk ekuiti dan bon, tanpa mengira sama ada ia tersenarai di tanah besar (daratan) ataupun luar pesisir.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran Affin Hwang Asset Management Bhd (Affin Hwang AM), Chan Ai Mei berkata, rakyat Malaysia kini mempunyai akses 'sehenti' yang mudah ke China melalui dana berkenaan.

Direka untuk pelabur yang sofistikated, dana itu merupakan dana pengantara borong terbuka yang berusaha untuk mencapai peningkatan modal dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang dengan melabur dalam skim pelaburan kolektif iaitu 'UBS (Lux) Key Selection SICAV-China Allocation Opportunity' (dolar AS).

"Memandangkan dana ini dipelbagaikan ke seluruh ekuiti dan bon serta pelbagai pasaran China, pelabur tidak perlu terlalu bimbang dengan kenaikan dan penurunan berbanding strategi ekuiti tulen," kata Ai Mei kepada Bernama.

Beliau berkata, dana itu juga memenangi anugerah Platinum di 'Fund Selector Asia Awards' di Singapura, dua kali berturut-turut untuk tahun 2020 dan 2021.

Ai Mei berkata, dana itu membolehkan para pelabur memanfaatkan gelombang wang pintar yang memasuki pasaran tempatan China di mana mata wang asing masih merupakan sebahagian kecil dalam pasaran pesat China dan tidak ramai pelabur yang menyedari bahawa pasaran China masih belum dieksploitasi sepenuhnya.

"Walaupun alirannya kian meningkat, pelabur asing hanya menguasai tiga peratus daripada pasaran saham dan kira-kira dua peratus daripada pasaran bonnya,” jelas beliau.

Beliau berkata, kurangnya pendedahan pelaburan dalam pasaran negara China perlu dipertimbangkan kerana China akan melonjakkan pertumbuhan global untuk tahun-tahun yang akan datang dan menyumbang sehingga 30 peratus daripada kekayaan dunia dalam dekad berikutnya.

Artikel Berkaitan:

Ai Mei berkata, memandangkan kedudukan ekonomi China di pentas dunia terus berkembang, pelabur turut dijangka menambah kepentingan aset mereka ke China.

Justeru, beliau menambah kemungkinan besar tembok wang memasuki China juga akan meningkat, terutamanya kerana melabur dalam saham dan bon kini lebih mudah.

Beliau menjelaskan sebelum ini, akses ke saham dan bon tanah besar adalah terhad kepada pelabur institusi yang perlu memohon mendapatkan kuota pelaburan.

Bagaimanapun, Ai Mei berkata, China telah mengambil berbagai langkah untuk mempermudahkan akses ke pasaran tempatannya dengan pelbagai skim hubungan seperti 'Shanghai-Hong Kong Stock Connect' pada tahun 2014.

Beliau berkata, negara itu juga telah berusaha menangani kebimbangan pelabur dan mempermudahkan sebahagian besar peraturan pelaburannya.

"Liberalisasi pasaran kewangan China dapat dilihat sebagai 'two-way, win-win situation' bagi kedua-dua pelabur China dan asing," katanya.

Pelabur yang berminat boleh melayari https://affinhwangam.com atau menghubungi 1800 88 7080 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'Affin Hwang World Series - China Allocation Opportunity Fund'.

Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan halaman serlahan produk dana, memorandum maklumat bertarikh 18 Jan, 2019 dan memorandum maklumat tambahan pertamanya yang bertarikh 28 Ogos, 2019 sebelum melabur. - Bernama