JPJ keluar 32,725 saman sepanjang Ops Tahun Baharu Cina

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Jumlah saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Ops Tahun Baharu Cina (TBC) di seluruh negara tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 32,725 berbanding 40,660 saman dalam tempoh yang sama tahun lalu.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, ini menunjukkan kadar pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Secara keseluruhan, sebanyak 128,569 kenderaan diperiksa dalam operasi yang berlangsung selama dua minggu bermula 29 Januari hingga 12 Februari lalu itu.

“Antara kesalahan utama paling tinggi direkodkan adalah lebih muatan iaitu sebanyak 1,472 saman diikuti gagal mematuhi lampu isyarat merah sebanyak 565 saman,” katanya.

Dalam pada itu, JPJ turut menahan lapan lesen pemandu bas yang gagal dalam pemeriksaan air kencing.

“Lapan lesen pemandu itu ditahan selepas pemeriksaan di semua 28 terminal di seluruh negara membabitkan 11,176 buah bas.

“Usaha ini dilakukan bagi memastikan keselamatan penggunaan jalan raya dan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspress terjamin,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Ops Khas Motosikal yang turut diadakan serentak mencatatkan sebanyak 7, 668 saman dan 186 motosikal di sita.

Artikel Berkaitan:

“Kesalahan yang tertinggi dicatatkan adalah tiada lesen memandu iaitu sebanyak 2,788 saman diikuti Lesen Kenderaan Motor (LKM) taman tempoh dengan 1,751 saman.

“Operasi tahun ini melibatkan seramai 1,800 anggota penguatkuasaan dari semua bahagian JPJ negeri termasuk JPJ cawangan,” katanya.