‘Cadangan bagus elak Covid-19 merebak’

Gambar kecil: Dr Mohd Dzulkhairi
Gambar kecil: Dr Mohd Dzulkhairi
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penangguhan pergerakan rentas negeri bagi menyambut Aidilfitri pada bulan hadapan mendapat reaksi positif daripada pakar kesihatan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, pergerakan individu dari satu tempat ke satu tempat adalah berisiko tinggi untuk menyebarkan jangkitan Covid-19, memandangkan kes harian Covid-19 masih mencatatkan peningkatan.

“Sekiranya individu ini dijangkiti Covid-19 dan tidak mempunyai sebarang gejala, ia akan menyulitkan lagi keadaan.

“Ia kerana golongan rentan seperti warga emas yang mempunyai penyakit kronik bila terkena jangkitan, mereka akan mengalami komplikasi teruk sehingga boleh menyebabkan maut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Dzulkhairi berkata lagi, sekiranya kes harian tersebut terus meningkat, maka ia sukar untuk turun semula.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul secara beramai-ramai dalam satu-satu masa jika dibenarkan untuk menyambut hari raya di satu daerah yang sama ataupun di negeri yang sama.

“Masing-masing perlu mengambil giliran. Jika berkumpul secara serentak, ini yang akan mengundang kepada kadar jangkitan yang tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan: