X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek kes bunuh ibu tunggal yang cedera kini stabil

Laporan Sinar Harian Pada Rabu.
A
A

IPOH - Keadaan suspek kes bunuh seorang ibu tunggal dalam pergaduhan di kediaman mangsa di Taman Perpaduan di sini malam semalam yang cedera akibat beberapa kesan tikaman pada dadanya, kini stabil.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berumur 23 tahun yang ditempatkan di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagaimanapun belum sedarkan diri selepas dibedah pada kira-kira pukul 3 pagi.

"Pembedahan dilakukan bagi melihat kesan kecederaan pada badannya dan doktor memaklumkan kecederaan dialami suspek adalah tidak serius, suspek akan dibawa ke lokap apabila sedar nanti untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, polis yang ke lokasi kejadian menemukan mayat mangsa K. Krishna, 31, dengan beberapa kesan tikaman pada dada bersama suspek berumur 23 tahun yang turut cedera dengan beberapa kesan tikaman pada dadanya dalam keadaan berdarah di dalam rumah itu.

Suspek kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan ditempatkan di zon merah untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Lebih menyayat hati apabila kedua-dua anak lelaki mangsa berusia enam dan lapan tahun turut menyaksikan insiden itu namun sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan daripada jiran yang kemudiannya menghubungi pihak polis. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tikam ibu: Dua beradik sempat minta bantuan jiran

Anak saksi pembunuhan ibu


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!