Hertha Berlin kuarantin pemain

Pemain Hertha selepas aksi menentang FC Union Berlin dalam aksi Bundesliga di Berlin pada 4 April lalu. -Foto AFP
Pemain Hertha selepas aksi menentang FC Union Berlin dalam aksi Bundesliga di Berlin pada 4 April lalu. -Foto AFP
A
A
A

KELAB Bundesliga, Hertha Berlin terpaksa kuarantin pemain dan pegawai pasukan tersebut selama 13 hari selepas jurulatih, Pal Dardai; penolong jurulatih, Admir Hamzagic dan penyerang, Dodi Lukebakio didapati positif Covid-19.

Menurut kelab itu, pengarah sukan kelab, Arne Friedrich mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara dengan pemain akan tinggal bersama dan hanya meninggalkan pusat latihan untuk perlawanan dan latihan.

"Kami terpaksa mengasingkan diri kerana terdapat kes positif. Kami akan mengehadkan kenalan dan menjalani ujian PCR setiap hari untuk keselamatan sebanyak mungkin.

"Kami harus menerima cabaran ini sebagai satu pasukan dan melakukan segala yang mungkin sehingga kami dapat mengharungi baki perlawanan liga," ujar Friedrich.

The Old Lady yang kini berada pada kedudukan ke-15 liga dengan 26 mata dengan berbaki enam perlawanan akan berkunjung menentang Mainz 05 pada Ahad.

Artikel Berkaitan: