X

Kindly register in order to view this article
!

Suhakam kecewa majikan pukul pekerja kerana puasa

Kenyataan media Suhakam pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kecewa berhubung isu majikan didakwa memukul, mendera dan mengancam dua pekerjanya dengan senjata kerana berpuasa pada Ramadan.

Suhakam dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sebegitu sudah tentu tidak memberikan motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih kuat atau mempromosikan persekitaran pekerjaan yang sihat.

Sebaliknya Suhakam menyifatkan, ia hanya akan meningkatkan lagi persepsi negatif terhadap majikan dan syarikat di Malaysia yang tidak melindungi dan menghormati hak pekerja.

Sehubungan itu, Suhakam menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci agar pesalah terbabit didakwa atas tuduhan menyerang, memukul dan kesalahan undang-undang yang lain.

"Selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa 'setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya', Suhakam ingin menjelaskan akan kepentingan untuk menghormati kebebasan setiap orang untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama mereka dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanakannya," katanya kenyataan itu pada Khamis.

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

Dalam hal ini, Suhakam berkata, majikan perlu menghormati kebebasan agama atau kepercayaan termasuk hak pekerja untuk mengakui, menzahirkan kepercayaan dalam bersembahyang, perayaan, amalan dan ajaran agama mereka walaupun di tempat kerja.

"Suhakam dengan tegas menggesa setiap sektor atau industri untuk memastikan agar langkah-langkah sewajarnya diambil bagi menghalang dan menghapuskan segala bentuk sikap tidak bertoleransi terhadap agama, ketidaksamaan dan diskriminasi," kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, Suhakam juga ingin menekankan akan keperluan untuk menyemai budaya hormat menghormati, bertolak ansur, kesaksamaan dan tidak mendiskriminasi dalam masyarakat.

"Setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk mewujudkan persekitaran yang saling menghormati dan meraikan kepelbagaian agama," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul pengawal peribadi: Empat individu ditahan polis

Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman

Pukul 'bodyguard' puasa: Polis rampas 100kg jongkong emas, wang RM28.25 juta

Tindakan tegas majikan halang pekerja berpuasa


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!