X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 Thailand terus catat rekod peningkatan kes harian

Penduduk tempatan beratur untuk ujian swab hidung (nasal swab) Covid-19 di Bangkok, Thailand. - Foto Reuters
A
A

BANGKOK - Thailand terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi, kali keempat dalam minggu ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata, kes baharu itu merangkumi 1,540 penularan tempatan, 1,161 mereka yang mendapatkan rawatan di hospital, 379 melalui pengesanan kes aktif dan tiga kes import.

Bangkok mencatat kes tertinggi iaitu 409, diikuti Chiang Mai (278) dan Chonburi (98).

Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan kerana jumlah kes baharu dijangka terus meningkat kerana pergerakan semasa cuti tahun baharu Songkran minggu ini.

Pada Rabu, Ketua Operasi CCSA, Jeneral Natthapon Nakpanich meminta kerajaan untuk mengenakan sekatan pergerakan di beberapa kawasan termasuk Bangkok dan Chiang Mai.

Terkini, penularan berkaitan pusat hiburan di Bangkok mencecah 7,074 kes dan sudah merebak ke 75 dari 77 wilayah sejak 1 April. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!