Kijang Hijau tak pandang mudah skuad Projek FAM-MSN

Pemain Kelantan United giat menjalani latihan sebagai persiapan berdepan skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini. - Foto Kelantan United Football Club
Pemain Kelantan United giat menjalani latihan sebagai persiapan berdepan skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini. - Foto Kelantan United Football Club
A
A
A

PEMAIN tengah Kelantan United (KUFC), Muhamad Shahrul Hakim Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan cabaran skuad Projek FAM-MSN biarpun dilihat mempunyai kelebihan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu berkata, beliau serta rakan sepasukan tidak boleh memandang rendah kemampuan dimiliki lawannya itu walaupun skuad Projek FAM-MSN merupakan pendatang baharu dalam saingan Liga Premier musim ini.

"Pada perlawanan Sabtu ini, kami (KUFC) dianggap sebagai pasukan pilihan namun kami perlu menghormati skuad kendalian Yusri Che Lah itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

KUFC ketika ini berada di kedudukan keenam Liga Premier dengan mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan, manakala Skuad Projek FAM-MSN di tangga tercorot dengan satu mata daripada lapan perlawanan.

Muhamad Shahrul Hakim berkata, pasukannya perlu melakukan persiapan rapi andai mahu meraih tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

"Walaupun dibarisi pemain kurang berpengalaman, Skuad Projek FAM-MSN turun tanpa tekanan. Kami tidak boleh leka dan paling penting kami mahu meneruskan momentum kemenangan untuk memberikan cabaran kepada pasukan teratas,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: