Chun Yong uji gandingan senior, muda

CHUN YONG
CHUN YONG
A
A
A

KETUA Jurulatih Skuad Futsal Lelaki Kebangsaan, Chiew Chun Yong mahu menguji gandingan pemain muda dan berpengalaman menjelang kejohanan jemputan Kejohanan Futsal Antarabangsa SAT 2021 yang dijadualkan bermula dari 22 hingga 27 Mei ini di Bangkok, Thailand.

Bagi tujuan itu, separuh daripada 22 pemain yang dipanggil untuk ke kem latihan kali ini, yang bakal bermula dari 19 April hingga 17 Mei ini di Wisma FAM, Kelana Jaya, adalah pemain yang kali pertama dipanggil dan mereka yang tiada dalam skuad edisi lepas.

Baki 11 daripada pemain itu merupakan antara 14 pemain dari skuad tahun lepas, iaitu Abu Haniffa Hasan; Awalluddin Mat Nawi; Ridzwan Bakri; Saiful Nizam Mohd Ali; Khairul Effendy Bahrin; Azwann Ismail; Saad Sani; Ekmal Shahrin; Syawal Sabaruddin; Farikh Khabibor Rahman dan Iqhmal Najmie Ismail.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan berkata sembilan daripada 22 pemain itu berusia antara 20 hingga 23 tahun, manakala bakinya berusia antara 24 hingga 34 tahun, selain sembilan pemain diletakkan dalam senarai bersedia.

"Kem latihan pusat kali ini akan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Fasa 1 dari 19 hingga 30 April 2021, diikuti Fasa 2 dari 2 hingga 9 Mei dan seterusnya Fasa 3 dari 14 hingga 17 Mei.

"Skuad akhir 14 pemain seterusnya akan berlepas ke Bangkok pada 18 Mei untuk menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari di sana sebelum memulakan saingan yang bermula pada 22 Mei,” menurut FAM.

Artikel Berkaitan: