Baroh Pial diancam pencemaran sungai

Abdullah (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan ikan yang mati akibat pencemaran sungai di Baroh Pial.
Abdullah (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan ikan yang mati akibat pencemaran sungai di Baroh Pial.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Lebih 3,000 penduduk dari lima buah kampung di Mukim Baroh Pial, di sini diselubungi kebimbangan apabila sungai yang menjadi nadi kehidupan mereka dicemari sisa-sisa kumbahan dipercayai dari sebuah kilang memproses kelapa sawit.

Dakwa penduduk, kilang yang beroperasi di Tanah Merah itu hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari kawasan tersebut.

Wakil penduduk, Abdullah Hadi Yusoff, 54, berkata, pencemaran itu mula dikesan sejak Khamis lalu.

“Masuk hari Jumaat, ia bertambah serius apabila ikan-ikan yang hidup di dalam sungai mulai timbul ke permukaan dan kemudian mati,” katanya.

Menurutnya, beliau bimbang situasi itu akan menyebabkan hidupan air tawar dari spesis ikan baung, haruan, lampang dan sebagainya akan pupus.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Hamzah Mohamad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berhubung masalah tersebut.

Katanya, bagaimanapun tindakan segera akan diambil oleh JAS Kelantan.

Artikel Berkaitan: