X

Kindly register in order to view this article
!

Pasport Jepun 'paling kuat'

Pemegang pasport Jepun dibenarkan mengembara tanpa visa ke 193 negara. - Agensi
A
A

TOKYO - Jepun terus menduduki tempat pertama dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia.

Berdasarkan laporan terbaharu Indeks Pasport Henley, pemegang pasport negara matahari terbit itu dibenarkan mengembara tanpa visa ke 193 negara iaitu peningkatan dari 191 destinasi pada suku pertama tahun ini.

Bagaimanapun, senarai penarafan itu tidak mengambil kira sekatan perjalanan sementara yang dilaksanakan ketika pandemik Covid-19.

Singapura pula menduduki tempat kedua dengan rakyat republik itu memiliki akses bebas visa ke 192 negara.

Malaysia pula menghuni tangga ke-12 dengan perjalanan tanpa visa membabitkan 179 destinasi di seluruh dunia.

Indeks kedudukan pasport itu dibuat berdasarkan data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang merangkumi 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan.

Sementara itu, lima pasport di kedudukan terburuk ialah Yemen yang hanya boleh digunakan untuk ke 33 destinasi, Pakistan (32 destinasi), Syria (29 destinasi), Iraq (28 destinasi) serta Afghanistan (26 destinasi).

Pengukuran nilai sesuatu pasport diukur berdasarkan bilangan negara yang menetapkan akses bebas visa, visa semasa ketibaan (VOA) atau kelulusan visa elektronik dalam masa tiga hari bekerja. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!