Binder mahu terus cemerlang

Binder
Binder
A
A
A

PELUMBA Moto3 Petronas SRT, Darryn Binder mahu meneruskan momentum cemerlangnya sekali lagi menamatkan perlumbaan di podium sempena Grand Prix Portugal di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao hujung minggu ini.

Katanya, setelah sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga pada GP Qatar di Litar Losail 27 Mac lalu, dia mahu muncul juara atau menamatkan perlumbaan kali ini pada kedudukan kedua.

“Hujung minggu ini saya mahu memastikan momentum itu berterusan dan saya berada di podium sekali lagi.

“Lagi pun, saya pernah menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga. Kemudian kedua dan kini saya mahu menjadi yang pertama pula.

“Namun kejayaan itu hanya boleh dicapai jika saya berjaya mengekalkan prestasi dan memastikan hasrat ke podium tercapai,” katanya.

Untuk rekod, Binder menamatkan perlumbaan di GP Qatar pada kedudukan ketiga dengan catatan masa 38 minit 29.714s.

Sementara itu rakan sepasukannya, John McPhee mengakui tidak sabar untuk kembali berlumba di litar Portimao sejak tahun lalu..

McPhee yang gagal menamatkan perlumbaan pada GPQatar 27 Mac lalu turut mengakui litar Portimao sebagai antara litar yang cukup menyeronokkan dalam kalendar MotoGP.

Artikel Berkaitan:

“Kami telah mengharungi pra-musim dengan jayanya di litar ini dan saya mahu meneruskannya dengan memberikan yang terbaik pada perlumbaan kali ini,” katanya.