Dua lagi kes varian UK B.1.1.7 dikesan

Dua lagi kes varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia menjadikan keseluruhan lima kes setakat ini.
Dua lagi kes varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia menjadikan keseluruhan lima kes setakat ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi varian UK B.1.1.7 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dijangkiti varian itu ialah lima kes.

"Dua kes terbaru iaitu kes keempat dan kelima adalah pengembara warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Poland pada April tahun lalu.

"Kedua-dua mereka didapati positif Covid-19 pada 30 Mac lalu dan sudah diberikan rawatan selanjutnya," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, analisis filogenetik menunjukkan kes keempat yang dijangkiti dengan varian UK B.1.1.7 mempunyai persamaan ketara dengan varian dari Poland dan mempunyai kebarangkalian tinggi bahawa kes tersebut mendapat jangkitan ketika berada di negara tersebut.

"Walau bagaimanapun, punca jangkitan bagi kes kelima pula tidak dapat ditentukan kerana analisis menunjukkan perbezaan bagi varian yang menjangkiti kes tersebut.

"Ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua kes ini mendapat jangkitan melalui sumber yang berlainan," katanya.

Beliau berkata, varian UK B.1.1.7 dan varian South African B.1.351 yang telah dikesan di Malaysia boleh menular dengan mudah dan cepat.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa," katanya.

KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi di negara ini.