X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2022 tumpu tangani Covid-19, bantu rakyat

Mustapa ( tengah) pada sidang akhbar di Iskandar Puteri pada Khamis.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Usaha menangani Covid-19 dan memastikan rakyat mampu bertahan dalam keadaan ekonomi mencabar selain penularan wabak menjadi tumpuan Belanjawan 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata industri mikro terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut akan diberi perhatian dalam Belanjawan 2022.

"Unit Perancang Ekonomi (UPE) kini dalam proses menilai semua permohonan daripada negeri dan kementerian, di mana proses merangka belanjawan ini sudah bermula pada 12 April dan dijangka berakhir pada Ogos.

"Kita jangka proses ini agak rumit kerana kita masih berdepan cabaran Covid-19, tetapi tumpuan akan diberikan kepada langkah-langkah mengatasi Covid-19, selain kesejahteraan rakyat terjamin," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Eksekutif JPDC, Mohd Yazid Ja'afar.

Pada 28 Mac lalu, Unit Perancang Ekonomi (UPE) dilaporkan sudah menerima senarai projek pembangunan daripada beberapa kementerian untuk dibawa dalam proses pertimbangan bagi Belanjawan 2022.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!