Menteri Luar Haiti dilantik Perdana Menteri sementara

 Claude Joseph - Foto Anadolu Agency
Claude Joseph - Foto Anadolu Agency
A
A
A

MEXICO CITY - Presiden Haiti, Jovenel Moise pada Rabu melantik Menteri Luar, Claude Joseph sebagai Perdana Menteri sementara, menggantikan Joseph Jouthe, lapor Agensi Berita Xinhua.

Di Twitter, Moise mengesahkan beliau menerima peletakan jawatan Jouthe dan berkata "akan mengatasi isu keselamatan awam dan meneruskan perbincangan untuk mencapai kesepakatan demi kestabilan politik dan institusi negara kita."

Peletakan jawatan Jouthe dibuat ketika Haiti bergelut dengan kadar jenayah tinggi disebabkan peningkatan kes penculikan dan pembunuhan, terutama di ibu negara Port-au-Prince.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyuarakan kebimbangan mengenai situasi politik dan beberapa krisis lain yang melanda Haiti, mendesak pihak berkaitan mengetepikan perbezaan dan bersedia untuk pilihan raya presiden yang bebas, adil dan telus pada 2021.

Negara Caribbean itu terjerumus dalam kancah krisis politik yang berpanjangan, menyaksikan pembangkang menolak untuk berdialog sebaliknya menuntut Moise disingkirkan dan mahu kerajaan peralihan diwujudkan untuk tempoh dua tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: