Suspek bunuh wanita stabil tapi belum sedar

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. (Gambar kecil: Anuar)
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. (Gambar kecil: Anuar)
A
A
A

IPOH - Suspek yang cedera dalam kejadian bunuh wanita kepada dua anak di sebuah rumah di Taman Perpaduan, Tambun di sini pada malam Rabu, kini dilaporkan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, disebabkan kecederaan itu, suspek turut menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Keadaan suspek stabil tapi masih belum sedar. Sekitar jam 3 pagi suspek dibedah untuk lihat kesan kecederaan pada badannya.

"Doktor yang merawat memaklumkan bahawa kecederaan yang dialami suspek tidak serius," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan lanjut akan segera dijalankan setelah suspek sedar.

"Kemungkinan suspek akan sedar malam ini dan esok (kes) akan boleh berjalan seperti biasa," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, dua kanak-kanak lelaki menjadi saksi kematian ibu mereka dalam satu kejadian bunuh di sebuah rumah di Taman Perpaduan, Tambun di sini pada malam Rabu.

Mangsa, K Krishna, 31, ditemui meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditikam seorang lelaki yang juga teman lelakinya yang menyerbu masuk ke rumah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian, dua beradik berusia enam dan lapan tahun terbabit turut berada dalam rumah itu, namun sempat berlari keluar meminta pertolongan jiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saksi pembunuhan ibu