PBB gesa tentera Myanmar henti keganasan terhadap kanak-kanak

Penunjuk perasaan mengadakan 'mogok senyap' di Yangon setelah seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditembak mati di Mandalay, Myanmar. - Foto Getty Images
Penunjuk perasaan mengadakan 'mogok senyap' di Yangon setelah seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditembak mati di Mandalay, Myanmar. - Foto Getty Images
A
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa tentera Myanmar menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak selepas sekurang-kurangnya 51 kanak-kanak terkorban sejak rampasan kuasa Februari lalu, lapor Sputnik.

“Setakat 13 April, sekurang-kurangnya 51 kanak-kanak dibunuh tentera Myanmar dan hampir 1,000 lagi ditahan.

"Negara PBB menggesa pasukan keselamatan untuk tidak melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak dan remaja,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam taklimat media pada Rabu.

Dujarric berkata, PBB bimbang dengan laporan mengenai kekerasan terhadap kanak-kanak termasuk penggunaan peluru hidup.

Tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun dan setakat ini sudah meragut sekurang-kurangnya 707 nyawa, menurut PBB. - Bernama

Artikel Berkaitan: