Kereta terbakar, pemandu hangus

Kenderaan mangsa yang hangus terbakar 100 peratus.
Kenderaan mangsa yang hangus terbakar 100 peratus.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah kereta ditemui hangus bersama pemandunya dalam kejadian di Jalan PJU 1A/1​ menghala Jalan Lapangan Terbang Subang(LTAAS), di sini, ​jam 4.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis BMW itu terbabas sebelum melanggar pokok dan terbakar.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh ​anggota ​bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dalam tempoh 15 minit.

"Pemeriksaan menunjukkan kereta dan pemandunya hangus 100 peratus​ di lokasi​.

"Identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan ​kita juga dalam proses untuk mengesan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan," ​katanya​ memberitahu keadaan jalan lurus dan mempunyai empat lorong ​di lokasi.

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran serta mengeluarkan mayat mangsa.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran serta mengeluarkan mayat mangsa.

​Menurutnya, polis juga sedang mengesan ahli keluarga atau waris bagi membantu siasatan​ yang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.