X

Kindly register in order to view this article
!

2,148 kes positif Covid-19, tertinggi sejak 40 hari lalu

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 2,148 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini setakat ini ialah sebanyak 367,977 kes.

"Terdapat 19 kes import dan 2,129 kes penularan tempatan membabitkan seramai 1,791 rakyat tempatan dan 338 warga asing," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jumlah kes aktif di seluruh negara ialah sebanyak 17,575 kes.

Menurutnya, sebanyak 212 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 82 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sebanyak 10 laporan kes kematian berkaitan Covid-19 melibatkan sembilan rakyat tempatan dan seorang warga asing.

"Pesakit berumur 54 hingga 97 tahun serta mempunyai latar belakang penyakit lain.

"Jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,363 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut merekodkan 1,259 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

"Jumlah kes pulih adalah 349,039 kes bersamaan 94.9 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Sarawak melaporkan kes tertinggi dengan 512 kes.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 420 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Menurutnya, Selangor pula mencatat 459 kes diikuti Sabah (202), Kelantan (221), Johor (182), Kuala Lumpur (171) dan Pulau Pinang (134).

"Terengganu merekodkan 57 kes diikuti Melaka (53), Perak (51), Pahang (34), Putrajaya (lapan), Labuan (tiga) dan Perlis (satu)," katanya.

Kali terakhir kes tertinggi dilaporkan adalah 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!