Tiga warga Bangladesh ditahan palsu pasport

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ampang Utama pada Sabtu.
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Ampang Utama pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Seramai tiga lelaki warga Bangladesh ditahan kerana memiliki pasport palsu serta tiada dokumen perjalanan sah di sebuah rumah di Taman Ampang Utama di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia antara 36 hingga 46 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 10.40 malam.

"Kita telah merampas pelbagai barangan dipercayai untuk tujuan pemalsuan dokumen pasport antaranya 13 pasport Bangladesh, pelbagai salinan transaksi wang dan salinan pasport serta dua salinan laporan polis dipercayai palsu.

"Turut dirampas pelbagai buku nota, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu alat pencetak serta sebuah komputer," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohamad Farouk berkata, kesemua suspek direman sehingga 24 April ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966, Seksyen 12 (B) akta sama dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002)," katanya.

Artikel Berkaitan: