X

Kindly register in order to view this article
!

Atlet Paralimpik negara mampu gegar Tokyo

Reezal Merican (tengah) bersama bekas jaguh badminton negara merangkap duta 100Plus Datuk Lee Chong Wei (kiri) dan Megat D Shahriman selepas sidang media di Majlis Sukan Negara. - Foto Bernama
A
A

KONTINJEN Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo perlu diberi perhatian dan dijangka mencipta kejutan pada temasya terbesar dunia itu yang dijadual membuka tirai pada 24 Ogos depan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, MPM menjangkakan dapat mengekalkan, malah berupaya mengatasi rekod tiga pingat emas dituai kontinjen negara pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Mungkin ada kejutan dalam Sukan Paralimpik, mungkin ada (pingat) emas yang kita tak dapat dari apa yang disasarkan tetapi yang tidak dijangka-jangka pula raih emas,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Rabu.

“Insya-ALLAH kita mahu mengekalkan lebih dari tiga emas serta konsisten, walaupun kita tidak heboh tetapi saya tahu ramai atlet telah mencapai catatan peribadi terbaik dan ada yang lebih baik dari itu tetapi saya tak boleh dedahkan,” katanya.

Sehubungan itu, Megat D Shahriman berkata, sasaran akhir hanya akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tiga pingat emas negara pada temasya Sukan Paralimpik 2016 masing-masing disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100m T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20.

Sementara itu, dalam majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo, Megat D Shahriman turut diumumkan secara rasmi sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020.

“Disebabkan saya sebelum ni Ketua Kontinjen skuad Para ASEAN 2019 di Filipina malangnya penganjuran dibatalkan, jadi is satu kesinambungan atas usaha keras dan komitmen saya dalam melaksanakan tugas diamanahkan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2020 menerima tajaan sepenuhnya untuk berada 10 hari lebih awal di Jepun sebelum tarikh dijadual memasuki perkampungan sukan itu.

Tanpa mendedahkan nilai tajaan berkenaan, beliau berkata, tajaan itu daripada Datuk Bandar Miyoshi, kawasan yang terletak di Hiroshima, Jepun.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!