Siti Khadijah, AEON jalin kerjasama menerusi program surau angkat

Salwana (dua dari kiri) merakamkan gambar bersama Mohammad Munzir (kanan) dan Kasuma selepas majlis perasmian yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam, pada Khamis.
Salwana (dua dari kiri) merakamkan gambar bersama Mohammad Munzir (kanan) dan Kasuma selepas majlis perasmian yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam, pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama koleksi telekung terkemuka, Siti Khadijah (SK) menjalinkan kolaboratif bersama AEON Group Malaysia (AEON) melalui pelaksanaan penambahbaikan surau-surau terpilih bagi memberi keselesaan kepada orang awam.

Menerusi jalinan kerjasama dikenali sebagai Surau Angkat SK x AEON ini, tiga pasar raya iaitu AEON Mall Shah Alam, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Kota Baru telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan fasa percubaan inisiatif tersebut.

Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran SK, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, pemilihan tiga lokasi itu adalah bertepatan memandangkan surau di sana merekodkan jumlah kehadiran yang tinggi dan turut menjadi tumpuan orang awam.

"Ini adalah peringkat percubaan dan inisiatif ini akan dipanjangkan lagi ke lokasi-lokasi lain selepas ini," katanya pada sidang media sewaktu Majlis Perasmian Surau Angkat SK x AEON yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada Khamis.

Hadir sama bagi menyempurnakan majlis perasmian itu adalah Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan sambil disaksikan Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON Co (M) Bhd, Dr Kasuma Satria.

Dalam pada itu, Mohammad Munzir berkata, menerusi projek ini, pihaknya berpeluang menjadikan surau-surau berkenaan sebagai surau angkat dan akan menjalani proses penambahbaikan di mana kosnya ditanggung sepenuhnya oleh SK.

"Selain itu, SK turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti telekung wakaf, ruang gantung tudung, meja solek dan cermin muka.

"Malah, pengelap turut disediakan bagi membolehkan orang awam melakukan sanitasi di tempat sujud mereka bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Artikel Berkaitan: