Mayat ditemukan rentung dalam kereta

Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dan diaerahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan bomba
Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dan diaerahkan kepada pihak polis. - Foto ihsan bomba
A
A
A

BAGAN SERAI - Satu mayat ditemukan rentung dalam sebuah kereta di Jalan Bagan Seberang, Kampung Kuala Gula di sini pada Khamis.

Mayat lelaki berkenaan ditemukan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran kereta jenis Honda Accord itu.

Ketua BBP Kuala Kurau, Muhamad Irham Mohd Zain berkata, pihak bomba menerima panggilan melalui 999 memaklumkan kejadian itu pada jam 10.41 pagi.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sebuah kereta di Bagan Serai. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sebuah kereta di Bagan Serai. - Foto ihsan bomba

"Sebuah jentera dengan 10 anggota digerakkan dan setibanya di lokasi, keadaan api marak membakar keseluruhan kenderaan.

"Api berjaya dikawal dalam masa lima minit dan mangsa dianggarkan berusia 40-an dijumpai rentung di bahagian pemandu. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kereta musnah 90 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: