Seluar Jeans Anak Melayu

No Image Caption
A
A
A

Pengasas Raw Denim House (RDH) Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 33, (kanan) bersama abangnya Ahmad Syukri, 38, (tengah) dan rakan mereka Muhamad Aidil Akhyar, 35, berbincang mengenai seluar jeans berkonsepkan vintaj, yang bukan sahaja terkenal di seluruh Malaysia malah turut menjadi pilihan peminat seluar jeans dari luar negara.

Tiga anak muda dari Jerteh, Besut bersyukur kerana kini setiap bulan sebanyak 150 hingga 200 helai seluar jeans RDH laris dijual dalam tempoh tiga atau empat hari sahaja.

Memfokuskan 100 peratus perniagaan secara dalam talian termasuk Instagram sejak 2013 telah membantu jenama RDH dikenali dengan cepat sehingga mempunyai pelanggan dari Switzerland, Jepun, dan Amerika Syarikat.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lepas bukan sahaja tidak menjejaskan permintaan terhadap produk keluaran mereka, malah tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024