Kayu gaharu dari Vietnam dirampas di KLIA

Sebanyak 100 kilogram kayu gaharu yang dipercayai diimport dari Vietnam bernilai RM14,821.66 berjaya dirampas Maqis di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Sebanyak 100 kilogram kayu gaharu yang dipercayai diimport dari Vietnam bernilai RM14,821.66 berjaya dirampas Maqis di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Sebanyak 100 kilogram kayu gaharu yang dipercayai diimport dari Vietnam bernilai RM14,821.66 berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Pemangku Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, kayu gaharu atau nama saintifiknya aquilaria crassna itu dikesan ketika pemeriksaan dijalankan oleh pegawai Maqis.

"Hasil pemeriksaan pegawai ketika pengisytiharan dilakukan didapati dagangan pertanian tersebut tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Dagangan tersebut disiasat di bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, perbuatan mengimport hasilan pertanian tanpa permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan.

"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Dagangan tersebut disita untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, Maqis akan sentiasa teliti dan cekap dalam memperketatkan kawalan di pintu masuk negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini dilaksanakan bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak," katanya.