Jual buluh beri pendapatan lumayan

Mohd Rusydi menyusun buluh lemang yang sudah di tempah pelanggan.
Mohd Rusydi menyusun buluh lemang yang sudah di tempah pelanggan.
A
A
A

PORT DICKSON - Hanya menjual buluh lemang seorang lelaki mampu menjana pendapatan lumayan setiap kali Ramadan.

Mohd Rusydi Rusli, 31, yang menjual buluh itu pada harga RM1.50 sebatang menerima tempahan sekurang-kurangnya 7,000 sehingga 10,000 batang.

Menurutnya, idea menjual buluh lemang itu timbul selepas dia dicadangkan oleh seorang pembekal buluh lemang tiga tahun lalu.

"Jadi kebiasaan buat keluarga saya setiap kali malam raya kami akan gotong-royong membakar lemang dan biasanya saya akan beli daripada pembekal buluh lemang sendiri.

"Saya tidak menyangka kali pertama menjualnya dapat menerima tempahan sehingga 10,000 batang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Rusydi(kiri) melayan pelanggannya memilih buluh lemang.
Mohd Rusydi(kiri) melayan pelanggannya memilih buluh lemang.

Sejak itu Mohd Rusydi akan mengambil kesempatan menjana pendapatan dengan menjual buluh lemang setiap kali Ramadan selain daripada kerja hakikinya di sebuah syarikat minyak dan gas.

Ujarnya, kebiasaannya dia akan mengambil buluh daripada masyarakat orang asli di Jelebu atau di Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Kata orang Ramadan bulan rezeki, jadi saya pun tidak mahu ketinggalan mencari rezeki lebih. Saya akan iklankan di Facebook dan sehari sebelum puasa saya sudah terima lebih 1,000 tempahan.

"Sebelum menjual buluh lemang ini, saya jual kuih kapit dan sambutan diterima pun agak baik. Tahun ini saya berhasrat menjual 15,000 ke 20,000 buluh lemang," katanya.