Persatuan Pengawal Peribadi akan ambil tindakan undang-undang

Dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa. Gambar kecil: Bakrim Ebok
Dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa. Gambar kecil: Bakrim Ebok
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengawal Peribadi (BGM) memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu penindasan dua pengawal peribadi yang dipukul dengan rotan dan diacukan pistol oleh majikan pada Selasa.

Presidennya, Bakrim Ebok berkata, pihak BGM telah menghantar wakil peguam bagi mewakili kedua-dua pengawal peribadi terbabit serta menyiasat perkara berkenaan.

“Tindakan saya yang pertama kita akan ambil prosedur undang-undang. Maknanya kita akan hantar syarikat guaman yang mewakili ahli-ahli persatuan pengawal keselamatan Malaysia ini untuk ambil tindakan kepada majikan itu.

“Setakat ini, saya masih tidak dapat (menghubungi kedua-dua pengawal keselamatan itu) lagi. Kerana mereka masih tengah buat aduan yang terkini.

“Saya dapat tahu banyak kawan-kawan ada pergi bagi sokongan di balai. Jadi saya masih belum dapat berita lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa

Bagaimanapun, Bakrim berkata, proses berkenaan akan menjadi rumit jika syarikat keselamatan pengawal peribadi terbabit cuba campur tangan dan menyelesaikan isu tersebut tanpa melalui prosedur undang-undang.

“Itu pun maknanya kalau tidak ada gangguan daripada syarikat keselamatan tersebut. Rasanya akan jadi rumit sedikit.

Artikel Berkaitan:

“Kerana katakan saya sebagai persatuan dan peguam ambil tindakan kepada majikan, takut syarikat keselamatan itu akan selesaikan dengan dia.

“Sama ada dia selesaikan dengan majikan atau dengan pengawal-pengawal keselamatan itu,” ujarnya.

Pada Selasa, dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa.