Polis kesan saksi kes pejalan kaki digilis treler

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan satu kemalangan jalan raya mengorbankan seorang lelaki di KM16.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Buloh berhampiran susur keluar Tol Damansara pagi Rabu untuk tampil memberi maklumat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka diminta datang ke balai polis berhampiran atau boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Rina Murniza Hashim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan.

Nik Ezanee berkata, pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima aduan kira-kira jam 4.20 pagi Rabu daripada petugas Lebuh Raya Utara-Selatan yang menyatakan telah berlaku kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki dan sebuah treler.

“Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati sebuah treler sedang dalam perjalanan menuju ke Hutan Melintang, Perak. Semasa dalam perjalanan, pemandu treler tersedar telah melanggar sesuatu di tengah jalan raya dan apabila diperiksa didapati terdapat seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti kerana telah hancur berkecai.

"Mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan urusan pengecaman," katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: