SOP hari kedua bazar Ramadan lebih teratur

Pengunjung membuat imbasan suhu badan, kod QR melalui aplikasi MySejahtera dan menulis buku rekod kehadiran sebelum memasuki bazar Ramadan di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Rabu.
Pengunjung membuat imbasan suhu badan, kod QR melalui aplikasi MySejahtera dan menulis buku rekod kehadiran sebelum memasuki bazar Ramadan di dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada hari kedua operasi bazar Ramadan di dataran Jambatan Angkat pada Rabu lebih teratur berbanding Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengunjung membuat imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual pada buku rekod kehadiran sebelum memasuki premis berkenaan.

Seorang peniaga, Wan Zukiman Wan Darahman, 40, berkata, penganjur lebih bersedia untuk menerima pengunjung pada hari kedua operasi di situ.

"Berdasarkan pemerhatian saya, suasana pada hari pertama bazar Ramadan di sini semalam (Selasa) agak tidak tersusun apabila penganjur dilihat tidak bersedia dengan SOP yang lengkap.

"Namun, pada hari kedua hari ini (Rabu), keadaan di sini lebih tenang, malah pengunjung juga dilihat mematuhi SOP yang ditetapkan dengan membuat imbasan suhu badan, menjaga jarak dan memakai pelitup muka," katanya di sini pada Rabu.

Seorang lagi peniaga, Muhammad Fakhrul Hadi Hamidi, 18, juga mengakui suasana hari kedua bazar Ramadan di situ pada Rabu berbeza berbanding Selasa.

"Keadaan hari ini (Rabu) lebih teratur dan tidak sesak berbanding semalam (Selasa).

"Tahap pematuhan SOP antara pengunjung dan peniaga juga dilihat berjalan dengan baik, malah dari segi keluasan tapak niaga di sini juga lebih terjamin untuk dikunjungi pengunjung," katanya.

Artikel Berkaitan: