Terima kasih, saliran tersumbat selesai: ADUN Panti

Hahasrin Hashim
Hahasrin Hashim
A
A
A

KOTA TINGGI - Aduan penduduk berkenaan masalah saliran air dari kawasan Felda Sungai Sibol di sini yang terhalang kerana adanya tambakan tanah dalam kawasan pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tenggara selesai.

Adun Panti, Hahasrin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan itu pada awal Januari lalu dan telah memanjangkan hal itu kepada arkitek.

"Saya terima surat maklum balas pada 8 Februari lalu daripada pihak kontraktor di mana mereka telah buat longkang sementara di sepanjang Jalan Tun Ahmad iaitu berhadapan pintu masuk kawasan pembinaan.

"Selain itu, mereka turut bantu bersihkan sampah di sekitar laluan air dari Felda Sungai Sibol. Jadi isu ini sudah selesai dan telah diambil perhatian oleh pihak berkenaan," katanya.

Tambahnya, beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada kontraktor dan arkitek projek PPR yang bersama-sama menyelesaikan masalah tersebut.

Jelasnya, beliau berharap penduduk sekitar juga dapat mengawal masalah pembuangan sampah bagi mengelakkan sistem perparitan tersumbat.

Artikel Berkaitan: