Kerja pembersihan tali air alami sedikit kelewatan

Laporan Sinar Harian mengenai kebimbangan kira-kira 500 petani apabila tali air tidak diselenggara dengan baik hingga menjejaskan kerja-kerja penyediaan tapak sawah bagi penanaman padi pada musim pertama tahun ini.
Laporan Sinar Harian mengenai kebimbangan kira-kira 500 petani apabila tali air tidak diselenggara dengan baik hingga menjejaskan kerja-kerja penyediaan tapak sawah bagi penanaman padi pada musim pertama tahun ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerja-kerja pembersihan tali air sepanjang tiga kilometer (km) di Kampung Matang Mahang, Kerpan di sini menghadapi sedikit kelewatan daripada jadual perlaksanaan yang ditetapkan.

Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Syed Zainuddin Syed Zain berkata, jadual perlaksanaan kerja pembersihan sepatutnya dimulakan pada 10 April lalu.

"Pihak MADA terpaksa mengubah jadual kerja-kerja penyelenggaraan dan saliran bergantung kepada peruntukan yang diterima serta tanaman padi di peringkat ladang.

"Fasa penanaman padi bagi kawasan terlibat ialah Fasa II dalam kawasan pengairan MADA dan mengikut Jadual Penanaman Padi Musim 1/2021, tarikh akhir penyediaan tanah dalam Fasa II ialah 14 April 2021 dan menabur pada 14 Mei tahun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tali air dipenuhi semak ganggu jadual penanaman padi

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kebimbangan kira-kira 500 petani di Kampung Matang Mahang, Kerpan di sini tentang tali air yang tidak diselenggara dengan baik hingga menjejaskan kerja-kerja penyediaan tapak sawah bagi penanaman padi pada musim pertama tahun ini.

Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain berkata, tali air sepanjang tiga kilometer itu sepatutnya telah dibersihkan pada penghujung Mac lalu oleh pihak MADA bagi melancarkan proses penyediaan tapak bermula 14 April hingga Mei depan.

Bagaimanapun katanya, masalah dialami sekarang menyebabkan petani di kawasan terbabit sukar untuk menepati jadual penanaman yang dikeluarkan oleh MADA.

Artikel Berkaitan: