X

Kindly register in order to view this article
!

PGA Cheras lumpuhkan sindiket edar arak haram

Antara minuman keras yang tidak bercukai dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merampas 906 kotak minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai bernilai hampir RM751,000 menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Oversea Union (OUG) di sini pada Selasa.

Komander Briged Tengah PGA Senior Asisten Komissioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras kira-kira jam 12.30 petang itu turut menahan dua lelaki tempatan berumur 47 dan 69 tahun.

"Jumlah keseluruhan minuman keras yang dirampas ialah 20,194 tin serta botol," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Antara minuman yang tidak bercukai dirampas dalam serbuan yang dijalankan.
Antara minuman yang tidak bercukai dirampas dalam serbuan yang dijalankan.

Menurutnya, serbuan itu melumpuhkan satu sindiket pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar daerah Lembah Klang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya.

Beliau berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!