X

Kindly register in order to view this article
!

Rakaman palsu PKP di Kelantan tersebar

Shafien (Siaran media Ketua Polis Kelantan.)
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu bahawa Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan berkata, berita tersebut tidak benar dan menasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan Covid-19 di negeri ini.

“PDRM Kelantan ingin menegaskan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil jika terdapat perlakuan dan kesalahan penyebaran maklumat palsu atau diragui kesahihannya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini pada Rabu.

Kelantan kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 28 April 2021 selepas arahan terkini dikeluarkan oleh kerajaan pada Isnin.

Negeri sama berstatus PKPB ialah Selangor; Johor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang manakala PKPB Serawak berkuat kuasa sehingga 26 April 2021.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!