Menyamar jadi Muslimah, pakai burka dan masuk tandas wanita

Burka antara pakaian bagi wanita Muslim
Burka antara pakaian bagi wanita Muslim
A
A
A

PANAJI - INDIA. Seorang lelaki hidung belang ditangkap orang ramai selepas keluar dari tandas wanita di sebuah stesen bas di Goa, semalam.

Lebih memeranjatkan, lelaki berkenaan memakai burka dan berpakain serba hitam dalam usaha menyembunyikan identitinya.

Namun, taktiknya gagal mengaburi mata dan telah diserahkan kepada polis Panaji untuk tindakan susulan.

Suspek dikenal pasti sebagai Virgil Fernandes, berusia 35 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam.

Polis berkata, lelaki itu bernasib baik kerana tidak dibelasah orang ramai yang berada di stesen bas berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: