Petani Palestin dipaksa roboh stor penyimpanan

Abdullah Jabbarin berkata dia berdepan masalah lebih besar seperti terpaksa membayar kos perobohan dan denda tambahan jika ingkar arahan Israel.
Abdullah Jabbarin berkata dia berdepan masalah lebih besar seperti terpaksa membayar kos perobohan dan denda tambahan jika ingkar arahan Israel.
A
A
A

BAITULAHAM - TEBING BARAT. Seorang petani Palestin di pekan Umm al-Fahm di utara Israel dipaksa merobohkan sendiri stor penyimpanannya oleh pihak berkuasa rejim Zionis, semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Israel menghantar notis perobohan kepada petani terbabit.

Abdullah Jabbarin berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain menerima arahan itu.

Jika ingkar arahan tersebut, dia berdepan masalah lebih besar seperti terpaksa membayar kos perobohan dan denda tambahan.

Tambah Jabbarin, dia membina stor tersebut lebih setahun lalu bagi menyimpan peralatan pertaniannya.

Rejim Israel kerap menggunakan alasan membina tanpa permit untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk atau bangunan Palestin secara berterusan. - Agensi

Artikel Berkaitan: