Vatican pecat bekas paderi besar AS

Theodore McCarrick
A
A

VATICAN CITY - VATICAN. Pope Francis memecat bekas paderi besar Amerika Syarikat (AS) Theodore McCarrick atas kesalahan penderaan seksual ke atas kanak-kanak 50 tahun lalu, kata satu kenyataan Vatican.

Theodore berusia 88 tahun yang meletak jawatan dari Kolej Paderi Vatican pada Julai tahun lalu adalah paderi pertama dipecat kerana terlibat dalam kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak.

Dia didapati bersalah pada Januari lalu di sebuah mahkamah atas kesalahan penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan keputusan ditentukan oleh Pope pada Februari tanpa alasan lanjut.

Pengumuman itu mengejutkan berikutan bekas paderi berkenaan sebelum ini berpengaruh dan antara yang ke depan dalam persidangan bersama uskup seluruh dunia bagi membincangkan perlindungan kanak-kanak di gereja.

Pendakwa di Pennsylvania pada tahun lalu mendapati 300 paderi terlibat dalam penderaan seksual kanak-kanak sejak 1940-an. – AFP