Rakyat muak situasi politik semasa

Syed Agil Alsagoff
Syed Agil Alsagoff
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat muak dengan situasi politik semasa yang berlaku di negara ini, kata Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff.

Menurutnya, rakyat sebaliknya memerlukan keprihatinan pemimpin berwibawa yang boleh membela nasib mereka.

“Boleh mencapai aspirasi rakyat, menjaga keteguhan sosio ekonomi mereka dan sebagainya,” kata beliau selaku panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-247 bertajuk ‘Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik’ yang disiarkan menerusi dalam talian pada Selasa.

Wacana turut menampilkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dari kiri: Ismail Adnan, Fahmi Fadzil (tengah) dan Dr Syed Agil ketika Wacana Sinar Harian Siri Ke-247 membincangkan tajuk Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik, yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Dari kiri: Ismail Adnan, Fahmi Fadzil (tengah) dan Dr Syed Agil ketika Wacana Sinar Harian Siri Ke-247 membincangkan tajuk Fitnah Cabar Kredibiliti Ahli Politik, yang berlangsung di Studio Sinar Harian, Seksyen 15, Shah Alam. - Foto SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Syed Agil menambah, pemimpin juga harus bersedia dan berani mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Dalam pada itu, beliau berkata, media juga perlu memainkan peranan penting dan mempergunakan isu yang boleh meningkatkan sensitiviti dan kebajikan rakyat.

“Sekarang ini kita mempunyai masalah dari segi Covid-19 dan sebagainya. Ini yang harus kita beri keutamaan daripada kita bertengkar atau bermusuhan dalam politik. Itu sebenarnya merugikan persekitaran politik di negara kita,” katanya.

Artikel Berkaitan: