'Bila Salahuddin menitik air mata, saya tahu itu dari hatinya...'

Paparan skrin kenyataan Tze Zin yang dimuat naik di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Sim Tze Tzin mengajak rakyat agar dapat memberikan sedikit masa kepada Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub dalam menyelesaikan masalah berkaitan nelayan dan petani.

Menurutnya, Salahuddin sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan terbabit begitu memahami masalah yang dihadapi kumpulan berkenaan.

“Salahuddin telah melakukan banyak kerja ketika elaun sara hidup nelayan turun sedikit. Tapi rakyat tak tau.

ARTIKEL BERKAITAN:

Subsidi: Bukan salah Salahuddin tapi Guan Eng

Ia memang gimik: Salahuddin

“Ini bukan selama-lamanya. Apabila keadaan kewangan negara pulih, mungkin boleh dinaikkan semula,” tulis Tze Tzin di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan itu dibuat susulan tohmahan ditujukan kepada Salahuddin yang menangis ketika membaca warkah luahan seorang petani dalam program kementerian itu, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Tze Tzin berkata, walaupun baharu enam bulan mereka bekerja di bawah satu bumbung, beliau sudah cukup kenal dengan hati budi Salahuddin.

“Apabila beliau (Salahuddin) menitik air mata, saya tahu itu adalah daripada tangisan hati naluri beliau. Jadi saya amat terasa apabila netizen menghentam beliau, ada sampai ke tahap peribadi. Ini amat dikesali.

“Saya masih ingat, apabila bajet subsidi MoA dipotong, beliau begitu memahami masalah ini. Apabila kami mencari penyelesaian, beliau pergi berjumpa dengan PM (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) beberapa kali dan atas usaha beliaulah, harga pembelian padi dinaikkan,” jelasnya.

Menulis lanjut, Tze Tzin mendakwa, masalah nelayan dan petani pada hari ini berpunca daripada rasuah dan pemborosan kerajaan ketika diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama seperti keluarga kita, apabila orang curi duit kita, kewangan kita akan menghadapi masalah,” katanya.