Maahad Muhammadi Gua Musang perlu dana RM1.5 juta untuk bina masjid

Rombongan turut diberikan penerangan lanjut mengenai sekolah semasa lawatan ke tapak masjid.
Rombongan turut diberikan penerangan lanjut mengenai sekolah semasa lawatan ke tapak masjid.
A
A
A

GUA MUSANG - Maahad Muhammadi Gua Musang masih memerlukan RM1.5 juta bagi membina sebuah masjid untuk kegunaan lebih 700 pelajar di maahad tersebut.

Pengetuanya, Mohd Zaki Mat Zin berkata, pembinaan masjid tersebut telah bermula pada Mac lalu melibatkan pembinaan konkrit tapak dan bahan asas.

"Keluasan masjid ini melibatkan 8,896 kaki persegi dengan anggaran kos pembinaan RM1.5 juta. Ia bakal memberi manfaat kepada guru dan pelajar untuk menjadikan masjid tersebut sebagai tempat untuk menimba ilmu dan mendirikan solat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menerima kunjungan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Engku Rajhan Engku Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan, Syamsul Abu Bakar, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Kamaruddin Kamel Che Muhammad, Timbalan Pengarah Bahagian Akademik, Mohd Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah Kenaziran, Sukri Hussein ke sekolah berkenaan.

MOHD ZAKI
MOHD ZAKI

Dalam kunjungan itu, rombongan turut dibawa melawat kawasan sekolah, kawasan tapak pembinaan masjid dan tapak Maahad Tahfiz di bandar utama Gua Musang.

Selain itu, turut diadakan majlis dialog bersama guru dan majlis penyampaian zakat kepada pelajar.

YIK turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk pembangunan sekolah, selain meluluskan peruntukan baik pulih kantin.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Zaki memberitahu, sekolah tersebut menyediakan dua sesi kurikulum iaitu Al-Azhari dan kebangsaan melibatkan 720 pelajar dan 45 orang guru.

Lawatan ke tapak pembinaan masjid oleh rombongan yang hadir.
Lawatan ke tapak pembinaan masjid oleh rombongan yang hadir.

"Pihak sekolah merayu kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan derma agar masjid yang dibina itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Muamalat iaitu Tabung Pembinaan Masjid Maahd Muhammadi Gua Musang 03070000562714 atau hubungi talian 011-35400500 untuk sebarang maklumat lanjut," katanya.