'Pendekar' BN bukan nak cari populariti

Suhaimi bergambar bersama penyokong BN dan Pas yang turut hadir pada Hari Penamaan Calon PRK DUN Semenyih.
Suhaimi bergambar bersama penyokong BN dan Pas yang turut hadir pada Hari Penamaan Calon PRK DUN Semenyih.
A
A
A

SEMENYIH - Seorang penyokong BN mencuri tumpuan selepas dia mengenakan busana Melayu berserta tanjak yang diubah suai dengan menambah logo BN dan UMNO ketika menghadiri Hari Penamaan Calon, di sini, semalam.

Lelaki tersebut yang juga Presiden Suara Inspirasi Malaysia (SIM), Suhaimi Adnan berkata, dia memang berpakaian sebegitu setiap kali tibanya musim pilihan raya.

“Baju ini semua saya buat sendiri, semangat sendiri. Saya memilih untuk memakai busana sebegini untuk menunjukkan jati diri Melayu.

“Lambang UMNO dan BN untuk zahirkan rasa sayang saya kepada parti yang banyak berbakti kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Tambahnya, dia tidak berniat mencari populariti sebaliknya berpakaian sebegitu bagi menzahirkan rasa cinta kepada bangsa Melayu dan sayang kepada UMNO serta BN.

“Bukan populariti yang saya cari, tidak pernah terdetik pun rasa sebegitu. Saya cuma nak zahirkan rasa sayang kepada UMNO dan BN, itu saja,” ujarnya.

Kehadiran Suhaimi memeriahkan lagi suasana di tapak perkumpulan penyokong BN dengan ramai orang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Artikel Berkaitan:

Perwatakannya yang ceria dan ramah itu juga membuatkan kehadirannya disenangi penyokong BN.