X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas Pegawai Eksekutif MAHB tidak mengaku salah tuduhan menipu

Bekas Pegawai Eksekutif Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas lima pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM41,000 antara tahun 2010 hingga 2014. - Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Seorang bekas Pegawai Eksekutif Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM41,000 antara tahun 2010 hingga 2014.

Abas Tuah, 59, didakwa memperdayakan ahli perniagaan itu untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mendapatkan tapak perniagaan dan memudahkan pembaharuan kontrak sewaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Tertuduh telah mendorong lelaki itu untuk memasukkan wang berjumlah RM41,000 ke dalam akaun Maybank miliknya melalui lima transaksi berasingan di Maybank Cawangan Kampung Air, Kota Kinabalu di sini antara tahun 2010 hingga 2014.

Semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu dua bulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Clementine Severinus itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mei ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!